"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri."
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari, didatangkan petir & kilat..kite tertanye2 kemana hilangnye matahari..rupe2nye Allah memberi kite pelangi.."
"Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca yang sukar disentuh, hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya"
Am: Apa Syu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Syu sayang, tipu syu dan tinggalkan syu? Syu sedih tak?
Syu: Jika seseorang itu hadir didalam hidup saya dan menjadi sebahagian daripada saya. Tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terima kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan saya. Jadi saya redha.
"Nabi bersabda:" Seawal-awal perkara yang akan dikira pada hari kiamat kelak adalah solat.Jika solatnya diterima, maka amalan yang lain juga akan diterima. Jika solatnya tidak diterima maka amalan lain juga tidak akan diterima. Ini menunjukan betapa pentingnya solat."
Am: Awak tak terfikir nak kahwin ke?
Syu: Siapa yang tidak mahu mendirikan rumahtangga Am. Kan perkahwinan tu satu ibadat yang diharuskan. Cuma jodoh sudah ditentukan oleh Tuhan dan saya sebagai hambanya perlu berusaha dan tawakal, agar mendapat jodoh yang disayangi Allah. Insya-Allah.